Friday, 6 December 2019

Muhamad Afiq bin Roszeman




Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Nama yang diberi Muhamad Afiq bin Roszeman . Saya berasal dari Johor Bahru dan dilahirkan pada 26 Mac 1998 di Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru . Merupakan anak ke-2 daripada 3 adik beradik . Saya seorang yang berminat dalam bidang sukan tak kira la apa pun walaupun tak pandai bermain sesuatu sukan saya akan mencuba sehingga membuahkan hasil . Tapi sukan yang paling nampak hasil ialah olahraga dalam acara jarak jauh .




Tahap pendidikan :

- Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 (2005-2010)
- Sekolah Menengah Bandar Baru Uda (2011-2015)
- Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Pahang (2016-2018)


Banyak kenangan yang pahit dan manis saya lalui ketika di sekolah rendah dan menengah . Selepas tamat sekolah menengah saya tak terfikir pun untuk melanjutkan pelajaran kerana keputusan SPM yang kurang memuaskan . Tetapi tanpa pengetahuan saya , guru-guru di sekolah telah memasukkan nama saya ke salah satu Sekolah Sukan Malaysia yang terdapat di Malaysia ini . Alhamdullilah aku dapat sambung pelajaran Pra-Universiti di Sekolah Sukan Malaysia Pahang .

Perasaan masa itu dapat masuk sekolah sukan macam dalam mimpi sebab saya pernah memohon ketika selepas sekolah rendah kerana minat aku dalam sukan sangat mendalam tetapi apa kan daya, peringkat sukan semasa di sekolah rendah tidak memuaskan . Selepas itu aku tidak mengharapkan apa-apa untuk berada di sekolah sukan . Di sekolah sukan aku mula belajar dengan lebih mendalam  tentang sukan contohnya latihan , pemakanan dan sebagainya .

Sekian sahaja cerita hidupku . Aku berharap sangat dapat membalas jasa ibubapa , guru-guru dan rakan-rakan yang telah memberi bantuan dan semangat pada aku selami ini . Dan kepada yang membaca ni mintak maaf kalau cerita aku tak menarik ke sebab ini pun blog saya yang pertama harap dimaafkan .

No comments:

Post a Comment