
Seperti yang kita tahu, bencana banjir telah melanda beberapa negeri di kawasan pantai timur. Antara negeri yang terjejas adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Tetapi Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang paling teruk dan paling ramai mangsa yang terlibat. Lebih daripada 10,000 orang yang terlibat dalam bencana ini telah dipindahkan ke pusat pemindahan yang berdekatan.
Selain daripada musim tengkujuh yang disebabkan oleh angin monsoon, masalah saluran perparitan yang sempit juga menjadi faktor utama bencana tersebut. Ini kerana air akan naik dengan cepat jika hujan lebat melebihi tempoh masa selama 12 jam. Ia juga berpunca daripada longkang-longkang yang tersumbat disebabkan oleh sampah sarap yang berkumpul. Jadi penduduk setempat sedikit sebanyak menjadi punca bencana ini berlaku. Masalah haruslah diatasi oleh masyarakat setempat dan juga pihak yang berkuasa.
Bagi pendapat saya, masalah ini boleh diatasi dengan baik kerana bencana ini bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap hujung tahun negari di pantai timur pasti akan mengalami musim tengkujuh. Jadi masyarakat harus mengambil pengajaran dan membaiki setiap masalah berdasarkan perkara semasa yang berlaku. Ini suapaya kita dapat mengurangkan lagi mangsa yang terlibat dalam bencana banjir.
No comments:
Post a Comment