Thursday, 19 December 2019

Isu Etnik Uighur

Image result for ozil comments"

PENYOKONG DI CHINA BUANG, BAKAR JERSI OZIL DAN ARSENAL SEBAGAI PROTES

Penyokong bola sepak di China dilaporkan membakar jersi Arsenal dan menuntut agar kelab tersebut memecat Mesut Ozil, selepas pemain itu mengkritik secara terbuka bagaimana Kerajaan China melayan etnik muslim Uighur di Xinjiang.

Ozil kebiasaannya jarang menggunakan media sosial, pada Jumaat lalu dia melakukan muat naik di Intstagram mengenai etnik Uighur, dan menyifatkan mereka sebagai " pejuang yang menentang penganiayaan " .

Arsenal's Ozil criticizes Muslim silence over Uighurs

Muat naik tersebut berlatarbelakangkan bendera Republik Timur Turkestan yang tidak bertahan, selepas menjadi wilayah Xinjiang yang dimiliki oleh China.

" Al Quran telah dibakar...masjid diarah tutup...sekolah muslim tidak dibenarkan beroperasi...guru agama telah dibunuh seorang demi seorang...dan ramai muslimin telah dihantar ke..," tulis Ozil di dalam Bahasa Turki di muat naik tersebut.

" Dunia Islam sekadar menyepi. Tiada kedengaran suara mereka," tambah beliau lagi.

Komen tersebut telah menimbulkan kemarahan di China sehingga siaran langsung perlawanan diantara Arsenal dan Manchester City pada awal pagi dibatalkan.

Rata-rata kemarahan penyokong China diluahkan di media sosial Weibo yang terkenal penggunaannya dikalangan peduduk negara tersebut.

Kementerian Luar China pula menyifatkan Ozil terpengaruh dengan berita yang tidak benar. 

Jurucakap kepada kementerian tersebut dikenali sebagai Geng Shuang berkata Ozil sepatutnya datang ke Xinjiang untuk melihat sendiri keadaan sebenar .

" Jika beliau mempunyai akal, boleh membezakan perkara yang betul dan salah, dan memegang prinsip keadilan secara objektif, maka beliau akan melihat perkara sebaliknya di Xinjiang," ujar Geng kepada media di China pada hari ini. 




No comments:

Post a Comment