
Baru- baru ini terdapat satu video nyanyian lagu kebangsaan, negaraku dalam bahasa mandarin hasil daripada siasatan kementerian Pendidikan. Menurut mereka nyanyian lagu negaraku dalam bahasa mandarin itu adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab ketika menyanyikan lagu itu.
Kementerian Pendidikan juga sudah mendapat penjelasan daripada sebuah sekolah di negeri Sembilan bahawa ia tidak dilakukan ketika mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan. Perlakuan tersebut hanya berlaku ketika pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid.
Bagaimanapun, kementerian turut menegaskan kepada semua sekolah agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melakukan perkara asas berkaitan lambang negara. Ia termasuklah lagu kebangsaan, Negaraku dalam PdP mereka agar tidak boleh disalah anggap oleh mana-mana pihak.
Pada pendapat saya, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ini akan menimbulkan salah faham antara pihak yang boleh menimbulkan konflik sesame kaum. Tetapi mungkin pihak berkenaan hanya ingin memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-muridnya. Kementerian Pendidikan juga sudah menegaskan bahawa lagu negaraku tidak boleh diubah atau dipinda dalam apa-apa bentuk sekali pun dalam sebarang acara rasmi sekolah berdasarkan akta lagu kebangsaaan 1968.
No comments:
Post a Comment