Friday, 6 December 2019

Isu Tentang Pulau Layang Layang


Image result for pulau layang layang"


Pulau Layang-Layang atau Terumbu Layang-Layang ialah sebuah pulau yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Ia merupakan salah satu daripada tiga Kepulauan di Asia Tenggara. Pulau ini mempunyai lebih daripada 30 000 buah pulau dan terumbu yang terletak di kawasan Filipina dan Malaysia (Sabah). Pulau Layang-Layang merupa
kan sebuah pulau yang kaya dengan hasil petroleum, fosforus, gas asli dan pelbagai hasil marin yang memukau menyebabkan Kepulauan Spartly menjadi rebutan antara negara Malaysia, China, Vietnam, Filipina, Taiwan dan Brunei. Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pualu itu kepunyaan Malaysia kerana bersempadan dengan Sabah. Dari segi kedudukan , pulau ini merupakan tuntutan Malaysia terhadap sebahagian darpada pemilikan di Kepulauan Spartly kerana berdekatan dengan kawasan daratan.
Pada 20 September 1979, kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia. Hasil kajian memperlihatkan tugu pertama iaitu, Terumbu Layang-Layang atau stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980. Pada Mei 1983, 18 orang anggota Pasuka Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang. Pulau ini merupakan tempat perlindungan kepada beribu-rbu ekor burung berpindah. Isu Kepulauan Spratly di Laut China terus menjadi konflik besar di rantau Asia Tenggara. Negara besar seperti China juga menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepualaun Spratly kerana Kepulauan Spratly disahkan  memiliki sumber galian dan minyak. Bagi Malaysia , hanya Pulau Layang-Layang menjadi lambang kedaulatan Negara di tengah Laut China Selatan itu hingga kini.
Awal tahun 80-an, Pulau Layang-Layang hanya mempunyai terumbu karang sahaja. Hasil kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Dr.Mahathir mengarahkan pasukan komando Negara untuk menawan terumbu tersebut dan menjadikan sebuah pulau. Pangkalan hadapan Tentera Laut Darat Malaysia (TLDM) di terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing diperairan tersebut. Pasukan tentera Malaysia berwaspada 24 jam bagi mengawasi perairan terumbu negara. Malaysia telah melaksanakan strategi dengan melakukan pembangunan yang paling pesat di kepulauan tersebut berbanding dengan negara lain. Negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah landskap. Malaysia turut membina pangkalan kapal selam di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi konflik di Spartly, juga sebagai senjata mencegah rintangan bagi menghadapi ancaman China. Kehebatan Pangkalan Tentera Udara Terapung Malaysia di Pulau Layang-Layang dan di Terumbu Layang-Layang Berjaya mengurangkan pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan tersebut.

No comments:

Post a Comment