Friday, 6 December 2019

Isu Semasa Tentang Pemerdagangan Manusia


Image result for pemerdagangan manusia"

Definisi pemerdagangan manusia ialah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagu maksud eksploitasi. Perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010, pemerdangangan (commercialization) bermaksud memperdagangkan atau menjadikan manusia, sesuatu barang, dan lain-lain untuk dijual beli. Tambahan pula, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015, juga mengatakan bahawa pemerdagangan manusia juga dikenali sebagai human trafficking. Pemerdagangan manusia boleh berlaku kerana faktor-faktor tertentu, sebagai contoh, penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko dan memberi atau menerima bayaran.

Pemerdagangan manusia ini merupakan jenayah ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api (BERNAMA). Pemerdagangan manusia ini merupakan industri yang universal. Menurut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 sahaja dianggarkan 700 000 orang telah diperdagangan setiap hari untuk keperluan seks. Malaysia merupakan antara yang dominan dalam isu pemerdagangan manusia. Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia (TIP) mengatakan bahawa Jabatan Negara Amerika Syarikat mengganggarkan bahawa kegiatan pemerdagangan manusia melibatkan keuntungan sebanyak AS$ 1 bilion hingga AS$ 3 bilion (RM 3.5 bilion hingga RM 10.5 bilion) setahun. Sebanyak 600 00 hingga 800 000 orang menjadi mangsa isu pemerdagangan manusia. Tambahan pula, sebanyak 14 500 hingga 17 500 orang daripadanya diperdagangkan di Amerika Syarikat dalam tempoh setahun.
Pada pandangan saya, isu ini semakin berleluasa dan sering mendapat perhatian ramai pihak. Isu ini juga semakin menular dalam negara kita kerana jumlah kes penculikan kanak-kanak semakin meningkat dari masa ke masa. Hal ini amat membimbangkan ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Maka dengan ini, pihak berkuasa perlu mula beroperasi secara kerap di seluruh sekolah dan menahan mana-mana pihak yang mencurigakan. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia dapat membantu mengurangkan kadar jenayah kes penculikan kerana penculik rasa keselamatan mereka terancam. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga perlu menjaga dan memeriksa semua kenderaan yang ingin keluar dari negara seperti ke Thailand. Hal ini dikatakan demikian kerana, negara Thailand merupakan salah satu yang akan membeli organ manusia dengan harga yang lumayan.

No comments:

Post a Comment