Friday, 6 December 2019

Pengalaman Menikmati Makanan Tradisional




Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Hari ini saya akan menceritakan tentang salah satu makanan tradisional 



Image result for nasi lemak"



Di Malaysia, kita sudah lazim dengan kepelbagaian makanan tradisional. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Jika kita bercakap tentang nasi lemak pasti semua rakyat Malaysia sudah kenal. Nasi lemak adalah antara makanan yang popular di Malaysia. Selalunya ia dijadikan sebagai makanan untuk sarapan pagi.

.
Jadi saya ingin berkongsi sedikit pengalaman membuat dan menikmati nasi lemak. Semasa itu saya berada di kampung kerana ingin meluangkan masa bersama nenek sepanjang cuti semester. Banyak perkara yang saya lakukan disana. Antaranya, nenek mengajar saya untuk membuat nasi lemak. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang di masak dengan santan kepala untuk menambahkan lagi rasa lemaknya. Daun pandan juga turut diletakkan untuk menaikkan lagi aromanya. Selalunya nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang rasanya lebih enak. Tetapi daun pisang itu haruslah dilayorkan dahulu untuk menaikkan lagi baunya.

Nasi lemak selalunya dihidangkan dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Sambal yang sedap dan pedas juga memberikan kelainan rasa pada nasi lemak. Tetapi kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.

Terdapat juga nasi lemak yang dihidangkan dengan sambal strawberry. Ia dikenali di kawasan tanah rata, Cameron highland. Jadi tidak hairanlah jika nasi lemak adalah antara makanan yang popular kerana ia mempunyai rasa yang unik dan sesuai dimakan dengan apa sahaja. Ia juga boleh dimakan tak kira waktu dan mudah untuk dicari.

Sekian sahaja cerita saya tentang pengalaman tentang makanan tradisional.

No comments:

Post a Comment