Thursday, 12 December 2019

Isu Pendidikan Wajib Sehingga Tingkatan 5

Pendidikan Wajib Sehingga Tingkatan Lima
 Image result for pelajar sekolah menengah"

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat lebih mendalam. Pendidikan membantu dalam memberikan pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan berawal sejak di dalam kandungan sehingga mati. Pendidikan sangat penting di masa yang akan dating dan membantu dalam mencari pekerjaan. Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan berkesan mengajar bayi mereka sebelum kelahiran.
Isu ini diketengahkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda berkenan dalam mengesyorkan kepada pihak kerajaan agar mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan Lima. Perkara ini diluahkan olehnya melalui akaun Twitter rasminya @cheminahsayang selepas baginda meluahkan rasa dukacita apabila mengetahui syarat persekolahan hanya diwajibkan sehingga ke Tahun Enam. “Saya selama ini menyangka pendidikan wajib ialah sehingga Tingkatan Lima. Hari ini baru saya dapat tahu hanya wajib hingga Tahun Enam. Jadi, saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak.” Tulisnya didalam akaun rasmi baginda.
Pada pendapat saya, isu yang dikemukan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amat bagus dan pihak kerajaan perlu ketengahkan isu ini agar semua kanak-kanak dapat pendidikan yang mencukupi sepanjang proses tumbuhbesaran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan bantuan ilmu yang mencukupi yang telah dikumpul oleh mereka sewaktu zaman persekolah dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan dengan matang dan bijak dalam membuat keputusan. Mereka dapat mengadaptasikan setiap ilmu yang dipelajari itu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka dapat berfikir secara logistik. Mereka juga mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan kerana wujudnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana, setiap majikan amat menitikberatkan terhadap pengambilan pekerja yang lulus dalam SPM. 

No comments:

Post a Comment