Friday, 6 December 2019

Isu Semasa Tentang Pelajar Perakaunan UITM Peroleh Skor NO 1 Dalam Dunia

Image result for pelajar akaun uitm peroleh skor no 1 dalam dunia"

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan di dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesion sesi Julai-Disember 2019. Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah 100 peratus untuk kertas ‘Recording Financial Transactions’ (FA1), sekali gus melayakkannya dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), yang berpangkalan di United Kingdom.


Meskipun Hakeem adalah seorang pelajar aliran sains di sekolah menengah sebelum ini, beliau memutuskan untuk menukar bidang kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar. UiTM amat berbangga dengan pencapaian Hakeem di peringkat antarabangsa ini dan kejayaan itu membuktikan kesungguhan serta sokongan padu daripada pihak universiti dan rakyat Malaysia. Hakeem merancang untuk melanjutkan pengajiannya di ACCA selepas menamatkan program CAT dan meneruskan kerjaya dalam bidang percukaian memandangkan bidang itu dilihat mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas di Malaysia.

Pelajar-pelajar di Malaysia harus menjadikan beliau sebagai contoh untuk tidak berputus asa. Siapa sangka seseorang yang langsung tidak ada pengalaman dalam subjek accounting boleh mencapai keputusan cemerlang bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa. Saya yakin interaksi di antara pelajar dan pensyarah adalah sangat penting kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan. Pelajar juga harus banyak menanya dan membuat kajian terhdapat sesuatu perkara yang kurang difahami.

No comments:

Post a Comment