Saya akan menceritakan pengalaman saya berada di Universiti Putra Malaysia .
Pada 1 September 2019 , itu pada hari pertama saya menjejakkan kaki di universiti yang ternama di Malaysia .

Mulanya dengan hari pendaftaran dan saya perlu mendaftar di Dewan Canselor . Saya ditemani keluarga saya dan walaupun pada hari pendaftaran saya kurang sihat tetapi saya bersemangat untuk melangkah ke alam universiti . Saya ditempatkan di Kolej Canselor yang merupakan kebanyakkannya pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang sukan . Di sebelah kolej saya terdapat satu bangunan yang dinamakan Blok MSN yang terdapat ramai atlet-atlet yang berstatuskan atlet negara dan negeri . Suasana di sini amat tenang dan saya amat berbangga dapat melanjutkan pelajaran ke sini.
Selepas pendaftaran pada sesi pagi , bermula minggu orientasi yang bermula pada petangnya . Bermula dengan aktiviti membahagikan kumpulan dengan diketuai oleh fasilitator yang bertugas . Setiap kumpulan diberikan tugas untuk membina sorakan bagi kumpulan dan nama kumpulan .
Pada malam itu pula , kami semua diberikan ucapan daripada ketua kolej mengenai kemudahan dan peraturan yang telah ditetapkan di kolej itu . Selain itu , ketua kolej menerang sedikit tentang aktivti yang akan dilakukan sepanjang semester itu . Walaupun hanya separuh sahaja keterangan tentang aktiviti yang akan dilakukan ianya amat menarik minat kami semua .
Keesokkan paginya , aktiviti diteruskan pada 8 pagi . Semua pelajar dibahagikan mengikut fakulti masing-masing dan para fasilitator diberikan tanggungjawab untuk menunjukkan jalan ke fakulti yang diberikan . Perjalanan saya untuk ke fakulti mengambil masa dalam 7 minit . Perjalanan masa itu tidaklah penat seperti yang disangkakan , kami juga dapat melihat suasana yang indah semasa berjalan ke fakulti .
Pada tengah hari saya terpaksa pulang ke kampung kerana akan menjalani pembedahan di kaki kiri . Maka saya akan terlepas aktiviti yang akan dijalankan semasa minggu orientasi tersebut .
Sekian sahaja cerita saya tentang pengalaman memasuki ke alam universiti . Assalamualaikum 😊

No comments:
Post a Comment